30 Petua Dapur Yang Wajib Anda Ketahui
Berikut petua-petua dapur yang wajib anda ketahui.
Dengan mengetahui beberapa petua dapur, tugasan anda sudah pasti akan menjadi lebih mudah dan ringan.
Selain itu, petua dapur ini juga membantu memastikan masakan lebih sedap dan menarik.
Jom lihat senarainya.
Lihat Buku Himpunan Petua Lama-Lama Di Sini: Buku Macam-Macam Petua
Baca Juga: 10 Robot Vaccum Cleaner Terbaik & Popular Di Malaysia
Petua Dapur Yang Wajib Di Ketahui
Dapur adalah nadi sesebuah rumah.
Jika ianya tidak berfungsi dengan baik maka sukarlah keadaan orang-orang yang tinggal di dalam rumah tersebut.
Oleh itu, pelbagai petua dapur yang wajib diketahui untuk pastikan dapur berfungsi dengan baik dan sempurna.
Antara petua dapur yang perlu anda ketahui, adalah;
1 Menghilangkan pahit peria
Cara menghilangkan pahit peria amat mudah, iaitu;
- Potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus.
- Rendam lebih kurang 25 minit.
2 Mencuci sayuran kotor
- Masukan sayuran dalam besen yang di isi air kemudian masukan garam dan cuka.
- Rendam lebih kurang 5 minit.
- Segala kotoran termasuk bendasing yang melekat pada daun pasti akan tertanggal.
3 Mengekalkan warna sayur hijau
- Ketika memasak, masukan sedikit gula.
- Warnanya pasti tetap hijau dan segar.
4 Menghilangkan bau di dalam peti sejuk
- Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer).
- Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi.
5 Tangan Pijar kerana cili
Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan cara;
- Menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api.
- Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar.
- Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang.
- Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.
6 Menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging
- Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung gandum, biarkan seketika.
- Selepas itu basuh dengan air bersih.
7 Mempercepatkan air mendidih
- Ambil sedikit air sejuk dan masak kemudian masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi.
- Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa.
8 Daging mudah empuk
- Cara masak daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya perlu meletakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda.
9 Menghilangkan rasa masin dalam gulai
- Ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat kuat-kuat.
- Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang berisi gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.
10 Membersih kerang
- Rendam kerang di dalam air.
- Kemudian ambil pelepah daun pisang dan buang daunnya.
- Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang.
- Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.
11 Menghilangkan bau hamis di kuali
- Ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng.
- Kuali anda tidak berbau lagi.
12 Menghilangkan kesan kopi, teh dan darah pada pakaian
- Siram air yang mendidih pada bahagian yang berkenaan.
- Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air.
- Biarkan selama satu jam sebelum dicuci.
- Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam.
- Rendamlah hingga kesan itu tanggal.
13 Kulit telur lekang dengan mudah
- Bersihkan telur seperti biasa.
- Kemudian, ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat.
- Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur-telur tadi.
- Hasilnya, kulit-kulit telur amat mudah ditanggalkan.
14 Mengurangkan masin ikan kering
- Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa.
- Rendam selama 2 jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.
15 Elakkan semut dari gula
- Untuk mengelakkan gula daripada dimasuki semut bubuhlah diantara 3 atau 4 biji bunga cengkih kedalam gula itu.
16 Merangupkan acar mentimun
- Rendam timun yang telah di potong dengan air garam sebelum di campurkan ke bahan yang lain.
17 Mengekalkan kerangupan ayam goreng
- Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali.
- Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit.
- Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.
18 Menghilangkan arang di periuk
- Periuk tersebut hendaklah disalut dibahagian luarnya dengan sabun serbuk dicampur tepung gandum dan sedikit air.
19 Memekatkan kuah
- Kadang-kadang masakan kita cair.
- Untuk memekatkannya masukkan ubi kentang ke dalam masakan tersebut.
20 Cara hilangkan getah di pisau
- Layurkan atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas pisau mendidih.
- Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan kertas.
- Ulangi lagi jika masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut.
21 Hilangkan lemak ayam
- Ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air.
22 Melambatkan nasi menjadi basi
- Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak.
- Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum memasak masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi.
23 Menghilang bau hangit nasi
- Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan.
- Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit.
24 Elak Jag Kaca Pecah
- Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda.
- Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag.
- Tuangkan air panas dan jangan risau kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut.
25 Membuat roti canai lembut
- Ketika membuat adunan roti canai, campur sedikit air kelapa kemudian adunkan seperti biasa.
26 Mengelakkan Lipas
- Cara menhalau lipas yang berkesan adalah dengan meletakan helaian daun pandan pada tempat-tempat kegemaran lipas.
27 Cara membuat telur tahan lama
- Bersihkan semua telur.
- Lapkan hingga kering.
- Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut.
28 Taugeh tahan lama
- Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam.
- Letakkan sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais.
29 Menghilangkan bau peti sejuk
- Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
- Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk.
- Baunya akan hilang dalam beberapa hari.
30 Menjernihkan minyak masak
- Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya.
- Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak yang sudah keruh.
Selamat Mencuba