Pencuci Mulut,  Produk Makanan

9 Jenis Kurma Terbaik & Sedap yang Popular Di Malaysia, 2024

Berikut jenis kurma terbaik dan sedap yang popular di Malaysia.

Buah kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera L, banyak ditanam di negara-negara Arab atau Timur Tengah.
Di Malaysia, buah kurma menjadi hidangan wajib ketika bulan puasa.

Buah kurma mempunyai banyak kebaikan dan nutrisi.
Ianya sangat sedap. Jadi, tidak hairanlah ramai yang mengemarinya.

Oleh itu, artikel ini akan kumpulkan semua jenis kurma terbaik yang popular di Malaysia.

Tips Mudah Memilih dan Menyimpan Kurma

Kurma antara buah yang akan popular di musim bulan puasa.
Ianya banyak di jual di pasaran dan pastinya akan menyukarkan kita untuk membuat pilihan kurma terbaik.

Namun, usah risau kerana buah kurma berkualiti dan segar mudah dikenali.
Antara tips yang anda boleh gunakan, adalah;

Bentuk & Tekstur
Buah kurma yang berkualiti baik adala memiliki tekstur kenyal, meski kulitnya kelihatan berkerut.
Selain itu, ianya juga terlihat padat dengan warna kulit yang sedikit berkilat.

Buah kurma yang tidak segar akan kelihatan memiliki kristal gula.
Selain itu, ianya juga terlalu melekit kerana ia sudah direndam dengan cairan gula.

Aroma Kurma
Dari segi bau kurma juga kita boleh mengenalpasti ianya bagus ataupun tidak.
Jika ianya terlalu asam, jangan beli kerana ia menandakan buah kurma tersebut sudah di simpan terlalu lama.

Simpan di Peti Ais
Salah satu cara menyimpan kurma agar lebih tahan lama adalah dengan menyimpan di peti ais.
Ianya pasti tidak akan mengubah rasa dan teksturnya.

Cara menghidangkan pula, hanya perlu rendam kurma dengan air panas agar buahnya menjadi lembut dan sedap.

Simpan Mengunakan Bekas Kedap Udara
Jika kurma yang kamu pilih adalah jenis kering, cukup hanya simpan dalam bekas kedap udara.
Pastikan ianya di tutup dengan rapat dan tiada udara masuk kedalamnya.

Cara ini akan membantu memanjangkan hayat buah kurma sehingga 3bulan jika caranya betul.

Kurma Terbaik & Sedap

Antara kurma terbaik yang popular menjadi pilihan di Malaysia, adalah;

1 Kurma Ajwa Madinah AA

Kredit Nur Food Official Store

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Kurma Ajwa merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW, sebab itulah ia turut dikenali sebagai kurma Nabi.

Ia merupakan salah satu jenis kurma yang lembut dan terbaik di Madinah.
Warnanya kehitam-hitaman, bersaiz sederhana dan isinya juga tebal

Buah kurma ini merupakan antara yang paling sedap dan harum.
Jadi tidak hairanlah kurma jenis ini sangat popular di Malaysia.

2 Kurma Mabroom Madinah

Kredit BestMart.os

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Ia kelihatan seperti kurma Ajwa tetapi bentuknya lebih lonjong, saiznya lebih besar dan berwarna merah gelap.
Kurma Mabroom adalah satu lagi jenis kurma terbaik dan premium yang berasal dari Madinah.

Kualitinya yang baik sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan semasa bulan Ramadan.
Ianya juga sesuai dimakan oleh pesakit tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

3 Kurma Degleet Nour/Degleet Noor

Kredit Amazon Plax

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Degleet Noor adalah sejenis kurma premium yang tumbuh di Afrika Utara seperti di negara Algeria.
Dalam Bahasa Arab, Degleet Noor bermaksud ‘Ratu Kurma’.

Kebanyakkan Degleet Noor yang dijual di Malaysia diimport dari Tunisia.
Ia mempunyai tekstur separa kering, bentuknya bujur, rasanya unik dan berwarna kekuningan.
Ia juga tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

4 Kurma Mariami/Piarom

Kredit King trading

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Kurma jenis ini juga dikenali sebagai kurma coklat.
Ia merupakan pilihan ramai ketika bulan Ramadan kerana rasanyanya sangat manis, agak lembut (separa kering) dan antara yang paling lazat.
Kurma ini berasal dari Iran dan dinamakan Mariami kerana ia merupakan buah kurma yang dimakan oleh Maryam semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Ibu hamil atau berpantang boleh amalkan pengambilan buah kurma kerana ia dikatakan boleh memudahkan proses bersalin dan membantu pengecutan rahim.

5 Kurma Madu

Kredit ARABIAN VILLAGE MALAYSIA

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Kurma Madu atau kurma Mazafati adalah yang paling sedap.
Ianya berasal daripada Iran, Bam. Oleh itu, ia juga di kenali sebagai ‘Kurma Bam’.

Kurma jenis ini antara yang paling popular di Malaysia kerana rasanya yang manis, isinya tebal, lembut dan berair.
Ianya juga dikatakan boleh mencegah penyakit nyanyuk jika di amalkan pemakanannya.

6 Kurma Safawi Madinah

Kredit Al Mustafa Shop

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Kurma safawi adalah kedua terbaik selepas kurma Ajwa dari segi rasa dan kualiti.
Ianya juga antara yang popular di Malaysia.

Kurma jenis ini juga paling mudah di jumpai kerana ianya berbuah lebat sepanjang tahun.
Ianya juga di katakan baik untuk mata, rambut dan kulit serta mampu merawat anemia.

7 Kurma Sukari Rotab

Kredit King trading

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Kurma sukari berasal dari Arab Saudi dan namanya berdasarkan pada bahasa Arab “sukkar” yang bererti gula.
Jadi, tidak mustahil lah kurma ini berasa manis dan digemari ramai di negara-negara Timur Tengah.

Bukan sahaja sedap, kurma Sukari juga memberi banyak manfaat kesihatan kerana ia tinggi dengan serat, vitamin, dan nutrisi.
Ia membantu memperbaiki pencernaan, mengawal kadar kolesterol, serta mengekalkan kulit sihat dan lembut.

8 Kurma Safia

Kredit Malaya Local Products

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Buah kurma jenis Safia adalah produk Yuta yang laris di Malaysia.
Kurma ini antara yang paling laris dan popular menjelang bulan puasa.

Kurma jenis ini sesuai untuk dimasak, dibakar, atau dimakan begitu sahaja.
Ia juga boleh dicampurkan dengan yogurt atau oat untuk menambahkan rasa dan keenakkannya.

9 Kurma Amber Madinah

Kredit BARAKA CORNER MART

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Kurma ini memperoleh namanya daripada warna amber yang terletak di antara kuning dan jingga.
Ia sejenis kurma kering yang lembut dan berasa manis sederhana serta pedas.

Selain itu, kurma ini mengandungi nutrien-nutrien seperti kalsium, magnesium, sulfur, vitamin B6, dan banyak lagi.

Baca Juga: 12 Slow Juicer Terbaik & Popular Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *