Cara Rebus Telur Yang Betul
Berikut cara rebus telur yang betul dan ramai yang tidak tahu.
Kami yakin, jika anda merebus dalam kuantiti sedikit sudah pasti ramai yang berjaya.
Tetapi jika untuk kuantiti yang banyak?
Adakah ianya berjaya?
Nampak senang, masukkan sahaja telur dalam air dan rebus.
Tetapi sebenarnya ianya sangat sukar jika tidak tahu cara dan teknik merebus yang betul.
Anda yang berada di artikel ini pastinya ingin tahu cara rebus telur yang betul.
Okay, jom lihat caranya.
Langkah-Langkah Merebus Telur Dengan Betul
Berikut cara rebus telur yang betul mengikut urutan.
Cara ini sesuai untuk merebus telur dalam kuantiti sedikit dan banyak.
1 Pastikan telur berada dalam suhu bilik
Jika anda simpan telur dalam peti ais, elak terus merebusnya sebaik dikeluarkan kerana gas dalam telur akan meningkat apabila terkena haba.
Angin ini akan memecahkan bahagian kulit yang lemah untuk merendahkan tekanan.
Rebus telur hanya apabila ia sudah berada dalam suhu bilik.
2 Susun dengan cermat
Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat.
Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain.
3 Guna air sejuk
Isi periuk dengan air sejuk.
Sebaiknya, isi air dari tepi periuk dan bukannya secara terus pada telur untuk mengelakkan tekanan berlaku pada telur.
4 Campurkan garam
Masukkan setengah sudu garam dalam air.
Garam ini membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.
5 Campurkan cuka
Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus.
Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.
6 Guna api perlahan
Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan ia ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu.
Kacau selalu dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.
7 Tutup api sebaik air menggelegak
Tutup api sebaik sahaja air menggelegak dan jangan keluarkan telur terus.
Jika anda inginkan:
Soft-boiled– keluarkan dalam masa 3 minit. Berhati-hati sewaktu mengeluarkan telur dari periuk. Guna sudu besar untuk mengelakkan telur pecah.
Medium-boiled– keluarkan dalam masa 5-7 minit.
Hard-boiled– keluarkan dalam masa 9-12 minit.
Kalau mahu lebih senang, laburkan sedikit wang dengan membeli egg timer yang membantu anda menjaga masa agar telur dapat direbus dengan sempurna.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Tetapi alat ini hanya boleh memuatkan 1-2 biji telur dalam 1 masa.
Nota Penting:
Jangan Makan Telur Rebus Yang Retak Sebelum Direbus
Jika telur retak sewaktu proses merebus, ia masih selamat untuk dimakan.
Tetapi elak memakannya jika ia retak sebelum direbus, buang terus telur berkenaan kerana ia biasanya sudah dijangkiti dengan bakteria.
Jika direbus sekalipun, ia boleh membahayakan kesihatan.
Baca Juga: Cara Masak Nasi Yang Betul