Kesihatan

12 Khasiat Buah Pisang Tehadap Kesihatan Badan

Berikut khasiat buah pisang terhadap kesihatan badan yang perlu anda ketahui.

Di Malaysia, pisang merupakan buah yang paling mudah ditemui.

Rasanya yang manis dan sedap serta harganya yang terjangkau menjadikan buah ini kegemaran ramai.

Ia enak dimakan begitu saja ataupun dijadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan sebagainya.

Baca Juga: 8 Khasiat Kopi Tanpa Gula Wajib Anda Ketahui

Pengenalan

Pisang atau nama saintifiknya musa paradisiaca yang berasal daripada kawasan tropika.

Di Malaysia tanaman pisang diusahakan di kebanyakan negeri.

Walau bagaimanapun, kawasan yang terbesar pengeluaran terletak di negeri Pahang dan Perak.

Jenis Pisang Yang Terdapat Di Malaysia

Menurut laman web rasmi Jabatan Pertanian Pulau pinang, berikut jenis-jenis pisang yang ditanam di Malaysia;

Berangan

  • Sebagai makanan segar.
  • Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut.
  • Isi tegang, kekuningan oren, wangi, kering dan manis rasanya.

Mas

  • Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan sungguh menarik setelah masak keseluruhannya.
  • Isi tegang, kuning keemasan, harum kewangian dan sangat manis.

Cavendish

  • Antara jenama yang ditanam ialah Montel,Comel,Cabana atau Sun king.
  • Kulit yang tebal dan mudah tanggal dari gantungan sisir dan berwarna kuning apabila sidah dibuat rawatan pemasakan dengan suhu rendah.
  • Isinya berwarma putih pekat, bertekstur halus, lembut, manis dan berbau wangi.

Rastali

  • Sesuai untuk hidangan segar.
  • Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan mudah tanggal.
  • Kulit senang dikupas dan sangat nipis.
  • Isinya lembut, berwarna putih, rasanya manis sedikit masam dengan rasa berkelat jika belum masak sepenuhnya.

Tanduk

  • Sesuai untuk goreng.
  • Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak.
  • Isinya krim berwarna oren, setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.

Nipah

  • Hanya untuk digoreng.
  • Setelah digoreng manis rasanya.
  • Kulit berwarna kuning setelah masak.
  • Isi krim putih bertekstur halus.

Raja

  • Boleh dimakan segar atau digoreng.
  • Kulit tebal berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas.
  • Isinya krim oren dengan bertekstur kasar.

Nangka

  • Sesuai untuk goreng.
  • Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit .

Awak

  • Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian.
  • Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit

Produk Berasaskan Pisang

Antara produk yang berasaskan buah pisang, ialah;

  1. Kerepek Pisang
  2. Kuih Pisang
  3. Sabun Pisang
  4. Serum Pisang
  5. Perisa Pisang
  6. Salai Pisang Rangup

Kandungan Nutrien Pisang

Pisang adalah salah satu buah yang kaya dengan mineral kalium dan serat pektin.

Selain itu, buah kuning ini juga merupakan sumber magnesium, vitamin B6, dan vitamin C.

Berdasarkan data daripada Jabatan Pertanian AS (USDA), 1 pisang bersaiz sederhana dengan panjang 18 – 20 cm (± 118 gram) mengandungi:

  • 88.4 gram (g) air
  • 105 kalori
  • 1.29 g protein
  • 27 g karbohidrat
  • 3.07 g serat
  • 14.4 g jumlah gula
  • 6.35 g kanji
  • 5.9 miligram (mg) kalsium
  • 31.9 mg magnesium
  • 26 mg fosforus
  • 422 mg kalium
  • 1.18 mikrogram (mcg) selenium
  • 10.3 mg vitamin C
  • 23.6 mcg folat atau vitamin B9
  • 30.7 mcg beta karotena

Termasuk buah-buahan yang rendah lemak (0.389 g) dan mempunyai indeks glisemik rendah, pisang juga diperkaya dengan:

  • Besi
  • Zink
  • Tembaga
  • Mangan
  • Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6
  • Kolin
  • Omega 3 dan 6

Baca Juga : 13 Khasiat Buah Nanas Untuk Kesihatan

12 Khasiat Buah Pisang Terhadap Badan Perlu Anda Tahu

Antara khasiat buah pisang terhadap badan kita adalah;

1 Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat

  • Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal.
  • Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana.
  • Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

2 Sumber Tenaga

  • Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh.
  • Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

3 Menurunkan Berat Badan

  • Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya.
  • Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.

4 Mengubati Jerawat

  • Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat.
  • Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air.
  • Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

5 Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid

  • Masalah sakit ketika datang bulan dapat diatasi dengan memakan buah pisang.
  • Perbanyakan memakan pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.

6 Mengubati Sembelit

  • Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit.
  • Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar.
  • Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit

7 Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk

  • Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu.
  • Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang.
  • Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.

8 Meningkatkan Mood

  • Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.

9 Darah tinggi dan strok

  • Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

10 Kolestrol

  • Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

11 Anaemia

  • Anaemia ialah penyakit kurang darah.
  • Oleh sebab pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

12 Baik Untuk Ibu Hamil

  • Buah pisang mampu untuk membantu perkembangan janin.
  • Ini kerana buah pisang mengandungi nutrisi seperti kalium dan asid folate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *