Bahan-bahan,  Kesihatan,  Resepi

Cara Buat Sushi Homemade Mudah dan Sedap

Berikut adalah cara buat sushi yang mudah dan sedap.

Apahkah itu Sushi?

Sushi adalah makanan Jepun yang sangat terkenal dan popular di seluruh dunia.
Ianya terdiri daripada nasi yang dicampur dengan cuka, garam, dan gula, serta dihidangkan dengan pelbagai jenis bahan seperti ikan mentah, sayur-sayuran, atau telur.
Hidangan ini biasanya disajikan dalam bentuk gulungan kecil atau bola-bola kecil.

Apakah Khasiat Sushi untuk Kesihatan

Sushi mengandungi nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh.

Ikan mentah yang digunakan dalam sushi kaya dengan asid lemak omega-3 dan protein.
Omega-3 membantu menurunkan kadar trigliserida dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam darah.
Selain itu, ikan mentah juga mengandungi vitamin D, vitamin B2, zat besi, zinc, kalsium, kalium dan magnesium.

Rumput laut yang digunakan dalam sushi juga kaya dengan kalsium, magnesium, zat besi, yodium, fosfor, natrium serta vitamin A, B1, C dan E.

Wasabi yang biasanya dimakan bersamaan dengan sushi juga mengandungi nutrisi seperti beta karoten, glukosinolat dan isothiocyanates.

Oleh sebab kandungan nutrisi tersebut, sushi mempunyai sejumlah potensi manfaat bagi tubuh antaranya:

  • Mencegah penyakit jantung dan stroke.
  • Menjaga keseimbangan hormon.
  • Mengatasi infeksi.

Bahan-bahan Membuat Sushi

Berikut adalah bahan-bahan utama yang digunakan dalam pembuatan sushi:

Nasi

Beras sushi agak berbeza dari beras biasa. Teksturnya lebih kenyal dan saiz juga lebih kecil berbanding beras biasa.

Sumo Calrose Sushi Rice

Ikan Mentah

Jenis ikan mentah yang digunakan dalam sushi adalah;

  • Maguro (Tuna)
  • Hamachi atau buri (Ikan Ekor Kuning)
  • Salmon
  • Saba (Makerel)
  • Hirame (Halibut)

Rumpai laut kering (Seaweed)

Rumpai laut kering atau lebih mudah dikenali sebagai seaweed juga merupakan bahan penting untuk membuat sushi.
Ia berfungsi sebagai menahan nasi dan isi daripada hancur bersepah malah rasanya juga sedap.

Sushi Filling

Anda boleh letakkan pelbagai jenis isi di dalam sushi mengikut selera dan kreativiti anda.
Bahan asas untuk isi dalam sushi ialah timun, telur, dan avokado.

Cuka Beras

Cuka beras digunakan untuk mencampurkan nasi agar mempunyai rasa yang sedap.
Jenama cuka yang popular di gunakan adalah ‘Bragg Apple Cider Vinegar‘.

Cara Buat Sushi

Berikut adalah cara-cara membuat sushi mengikut langkah yang betul:

  1. Penyediaan Nasi: Masak nasi seperti biasa. Setelah nasi masak, campurkan cuka beras, garam, dan gula ke dalam nasi. Gaulkan hingga sebati dan biarkan sejuk.
  2. Penyediaan Bahan Isian: Potong bahan-bahan seperti ikan mentah, sayur-sayuran, atau telur menjadi bentuk yang sesuai.
  3. Sediakan Nori: Letakkan selembar nori di atas makisu (alat untuk menggulung sushi).
  4. Penyusunan nasi: Ambil segenggam nasi dan ratakan di atas nori. Biarkan sedikit ruang kosong di bahagian atas nori.
  5. Penyusunan bahan: Letakkan bahan-bahan yang telah dipotong di atas nasi.
  6. Penggulungan sushi: Gunakan makisu untuk menggulung sushi dari bahagian bawah ke atas. Tekan dengan lembut untuk memastikan sushi berbentuk bulat dan padat.
  7. Potongan sushi: Potong sushi menjadi saiz yang diinginkan.

Baca Juga: 7 Cara Goreng Ikan yang Betul agar Tidak Melekat & Rangup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *