9 Kebaikan Minum Air Halia yang Ramai Tidak Tahu
Berikut kebaikan minum air halia untuk kesihatan yang ramai tidak tahu.
Umumnya, halia digunakan sebagai bahan memasak.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ianya juga boleh di jadikan sebagai air minuman.
Air halia mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan.
Selain menghidratkan, air halia juga mengandungi khasiat yang sangat bermanfaat dalam mencegah keradangan, penyakit-penyakit kronik, loya dan muntah serta banyak lagi.
Kebaikan Minum Air Halia
Antara kebaikan minum air halia, adalah;
1 Mencegah kuman dalam tubuh badan
Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman.
Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.
Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selesema dan batuk..
2 Menguatkan imuniti tubuh badan
Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol.
Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser.
Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.
3 Membantu sistem penghadaman
Pengambilan tumbuhan ini menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang berwarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’.
Ia merupakan bahagian pada tumbuhan ini yang mampu membantu merangsang sistem penghadaman manusia.
Selain itu, ia juga mampu melegakan sembelit, kekejangan dan kembung perut yang disebabkan oleh gastritis.
Halia boleh digunakan sebagai satu cara untuk menurunkan berat badan.
Kajian mengatakan pengambilan 2g serbuk halia dibancuh bersama air panas sebelum mengambil makanan mampu meningkatkan proses pembakaran makanan tersebut.
5 Mengandungi antioksidan
Halia juga menduduki tangga teratas dalam carta antioksidan terbaik.
Ianya dipercayai mengandungi antioksidan sangat tinggi.
6 Membantu meredakan sakit kepala
Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan sakit kepala migrain dengan cara melegakan saluran darah di kepala.
7 Membantu meredakan sakit sendi
Halia turut dikatakan dapat membantu meredakan sakit sendi dengan cara mengurangkan keradangan pada sendi.
8 Membantu Menurunkan Kolestrol
Halia dapat membantu tubuh badan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah.
Ini sekali gus dapat membantu mencegah individu daripada mengalami sakit jantung.
9 Membantu Memperbaiki Gula dalam Darahl
Halia dapat membantu tubuh badan untuk menggunakan insulin dengan lebih baik.
Oleh itu, ia pastinya membantu memperbaiki tahap gula dalam darah untuk individu yang mengalami diabetes.
Cara Buat Air Halia ‘Homemade’
Sekiranya anda ingin mencuba membuat air halia sendiri, anda boleh mengikuti resepi yang disediakan seperti berikut:
- Parut atau hiris halia segar mengikut kuantiti yang sesuai.
- Didihkan 5 cawan air.
- Masukkan halia ke dalam air.(Dihiris atau di parut)
- Biarkan halia direndam selama kira-kira 5 hingga 10 minit.
- Tapis air untuk mengeluarkan hampas halia.
Produk Minuman yang Mengandungi Halia
Selain anda boleh membuatnya sendiri, di pasaran juga terdapat minuman yang mengandungi Halia.
Antara produk yang popular di Malaysia, adalah;
1 Boh Teh Tarik With Ginger
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Jenama ini tidak asing lagi dalam produk minuman.
Ianya menawarkan teh tarik campur halia kurang manis.
Sangat sesuai untuk orang yang mengamalkan diet dan mengalami masalah penyakit kencing manis.
2 Ahmad Tea Lemon & Ginger
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Rasanya yang sangat menyegarkan dan beraroma.
Minuman kesihatan yang popular untuk mengempiskan perut.
Sesuai di hidangkan minuman panas.
3 Kopi Yusmira Halia Bara
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Kopi Yusmira Halia bara bukanlah sekadar kopi biasa, ianya kopi untuk kesihatan.
Rasanya yang sangat lazat dan berkhasiat.
Dihasilkan daripada kilang bertaraf antarabangsa dan diperakui HACCP,Mesti,GMP,Halal dan ISO.
4 CHEK HUP Teh Tarik Halia
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Minuman 3 dalam 1 yang sangat lazat dan berkhasiat.
Sesuai di hidangan dalam hidangan sejuk dan panas.
Diperbuat daripada teh import berkualiti tinggi.
5 Nona Honey Ginger
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Diperbuat daripada halia asli yang bermutu tinggi, kaya dengan aroma yang melegakan.
Sesuai dinikmati secara minuman panas dan sejuk.
Mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.
6 Teh Herba Orang Kampung (O.K)
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Teh orang kampung di rumus daripada daun-daun herba bermutu tinggi.
Ianya digunakan secara tradisional untuk menurunkan dan mengawal berat badan.
Ianya sesuai digunakan untuk golongan lelaki dan wanita.
Baca Juga: 8 Khasiat Kopi Tanpa Gula Wajib Anda Ketahui