Bahan-bahan,  Pencuci Mulut,  Resepi

Resepi Tapai Pulut Sedap & Mudah

Berikut resepi tapai pulut yang mudah dan sedap.

Tapai pulut adalah sejenis pencuci mulut yang popular di Malaysia, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan.
Ia dibuat dengan cara menapai beras pulut dengan ragi.
Selepas itu, tapai pulut akan dibungkus dengan daun pisang atau daun getah dan dibiarkan untuk mengalami proses penapaian selama beberapa hari.

Adakah Ianya HALAL?

Menurut Majlis Fatwa Malaysia, tapai pulut adalah halal untuk dimakan kerana kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah sangat sedikit dan tidak memabukkan.

Kebaikan Tapai Pulut

Tapai pulut mengandungi sumber probiotik yang tinggi dan mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan kita.
Selain itu, ia juga mempunyai khasiat lain. Antaranya;

  • Air tapai mengandungi vitamin B1 yang diperlukan oleh saraf, sel otak, dan sistem pencernaan.
  • Air tapai mampu mengeluarkan racun dan toksik dari dalam tubuh badan manusia.
  • Mencegah terjadinya anemia.
  • Merawat masalah sistem usus dan gastrik

Resepi Tapai Pulut

Berikut bahan dan cara-cara membuat tapai pulut yang betul.

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut
  • Ragi
  • Daun pisang (boleh gantikan dengan daun getah)
  • Plastic Wrap
  • Lidi

Cara-cara:

  1. Cuci beras pulut hingga bersih. (Rendam sebentar)
  2. Masukkan pulut dalam kukusan. (Bekas pengukus)
  3. Selepas dikukus masukkan dalam bekas/besen untuk diuli.
  4. Kemudian masukkan dalam kukusan sekali lagi. (Kukus untuk kedua kali)
  5. Selepas itu, angkat dan letakkan di dalam bekas/talam biarkan pulut sejuk.
  6. Setelah sejuk, lebih kurang setengah atau 1 jam (pastikan pulut betul-betul sejuk) masukkan ragi.
  7. Ragi perlu di tapis dan tabur pada semua permukaan pulut.
  8. Kemudian terbalikkan pulut untuk tabur ragi di bahagian yang belum ditabur.
  9. Daun pisang mestilah dilap terlebih dahulu dengan kain bersih.
  10. Ambil sudu dan letakan nasi pulut yang telah di letakan ragi tadi atas daun. (Kuantiti mengikut kesesuaian lebar daun)
  11. Selepas itu bungkus tapai tu dan sematkan dengan lidi.
  12. Gunting bahagian hujung daun untuk lebih rapi.
  13. Simpan 4-5hari kemudian ianya boleh di hidangkan.

Selamat Mencuba!

Berapa Lamakah Tapai Diperam?

Secara spesifiknya, tiada maklumat yang tepat untuk tempoh peram tapai.
Walau bagaimanapun, menurut Pusat Penyelidikan Pertanian Malaysia, tapai yang telah dimasak akan mengeluarkan air yang sangat manis.
Sekiranya menggunakan beras pulut hitam, peramlah tapai tersebut selama 3-4 hari supaya ia betul-betul masak.

Tapai yang telah masak itu tidak boleh disimpan lama. (Jika lebih lama, kandungan alkohol akan meningkat dan akan boleh memabukan)
Ia hanya boleh bertahan selama dua hari sahaja dan selepas itu tapai tersebut menjadi masam.

Tips Penting (Do’s & Don’ts)

Berikut ialah senarai Do’s & Don’ts semasa membuat tapai manis agar ianya menjadi sempurna:

Do’s (Perkara yang Perlu Dibuat)

  1. Gunakan bahan bersih
    Pastikan tangan, bekas & daun pembalut (jika guna) bersih untuk elak tapai rosak.
  2. Sejukkan bahan sebelum letak ragi
    Pulut atau ubi mesti betul-betul sejuk sebelum ditabur ragi, supaya ragi tidak mati akibat haba.
  3. Hancurkan ragi hingga halus
    Supaya mudah diserap dan sekata pada seluruh permukaan bahan.
  4. Peram dalam bekas bertutup rapat
    Supaya proses penapaian berjalan baik dan tidak tercemar.
  5. Simpan di tempat gelap & suhu bilik
    Contohnya dalam kabinet dapur, bukan dalam peti ais.

Don’ts (Perkara yang Perlu Dielakkan)

  1. Jangan guna terlalu banyak ragi
    Boleh menyebabkan tapai pahit atau cepat masam.
  2. Jangan guna bahan yang masih panas
    Panas boleh bunuh ragi dan tapai tak akan jadi.
  3. Jangan buka bekas terlalu awal
    Elakkan buka dalam 24 jam pertama, ini boleh ganggu proses penapaian.
  4. Jangan guna ragi yang dah lama terdedah
    Ragi yang lembap, berkulat atau berbau pelik biasanya tak aktif lagi.
  5. Jangan simpan tapai yang dah masak terlalu lama
    Lebih dari 3–4 hari, tapai akan jadi terlalu berair dan masam.

Bahan Utama

Bahan-bahan utama mungkin sukar anda dapatkan, apatah lagi jika anda berada di tengah kota raya.
Oleh itu, berikut senarai bahan-bahan utama tersebut dalam pasaran online untuk mudah anda dapatkan.

1 Ragi Tapai Manis

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Berbentuk bulat kecil & berwarna putih.
  • Bau neutral atau sedikit berbau ragi – tidak berbau busuk atau hapak
  • Tekstur keras dan rapuh – mudah dihancurkan menjadi serbuk halus
  • Mengandungi yis semula jadi & bakteria baik.
  • Memberi hasil tapai yang manis, lemak & tidak masam – bergantung kepada kuantiti dan cara simpan.
  • Tahan lama bila disimpan dalam bekas kedap udara di tempat kering
  • Selamat digunakan – biasanya bebas bahan kimia tambahan (terutamanya ragi buatan tempatan)

2 Beras Pulut

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Butir pendek & bulat
  • Warna putih susu & sedikit legap
  • Tekstur melekit bila masak
  • Rasa lebih berlemak berbanding beras biasa

3 Daun Pisang Gred AAA

Khususnya yang sukar mendapatkan daun pisang, ianya juga terdapat dijual di pasaran.

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Warna hijau segar dan permukaan berkilat
  • Lentur dan tahan panas bila dilayur
  • Mengeluarkan aroma wangi bila dipanaskan atau dibakar
  • Mudah didapati & mesra alam (biodegradable)

4 Tapai Pulut Homemade Manis

Kalau nak rasa tapai pulut readymade pun ada kat pasaran online.

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

Baca juga: Resepi Ikan Siakap Stim Limau yang Sedap dan Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *