Cara Masak Nasi: Panduan Lengkap untuk Hasil yang Sempurna
Berikut cara masak nasi yang betul dengan panduan lengkap untuk hasil yang sempurna.
Nasi adalah makanan ruji bagi kebanyakan masyarakat di Malaysia.
Ia dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk-pauk, menjadikannya komponen penting dalam setiap hidangan.
Namun, mendapatkan nasi yang sempurna ( tidak terlalu lembik atau terlalu keras ) memerlukan sedikit pengetahuan dan teknik yang betul.
Artikel ini akan membimbing anda melalui langkah-langkah untuk memasak nasi dengan sempurna.
Jenis-Jenis Beras
Mengetahui jenis-jenis beras adalah penting kerana setiap jenis beras memerlukan cara masak nasi yang berbeza.
Antara jenis beras yang popular di Malaysia, adalah;
- Beras Panjang (Basmati): Sesuai untuk nasi biryani atau nasi minyak.
- Beras Pendek (Japonica): Digunakan untuk sushi atau nasi Jepun.
- Beras Wangi (Jasmine Rice): Pilihan popular untuk nasi putih harian.
- Beras Perang (Brown Rice): Lebih sihat dan memerlukan lebih banyak air dan masa memasak.
Langkah-Langkah Memasak Nasi
Berikut cara masak nasi yang anda boleh lakukan untuk memastikan nasi anda sempurna.
1 Ambil beras mengikut sukatan yang betul
Dalam bahagian ini, anda perlu tahu berapa ramai yang hendak makan untuk elak nasi lebih atau kurang. Kemudian, ambil beras dengan mengunakan sukatan ‘pot’ untuk memudahkan pengiraan.
2 Periksa Beras
Perkara ini penting untuk mengelakan bendasing dimasak bersama nanti. Ianya juga dapat memastikan nasi yang kita masak di jamin bersih dan selamat di makan.
3 Membasuh Beras
Bilas beras di bawah air yang mengalir untuk menghilangkan kotoran dan kanji berlebihan yang boleh menyebabkan nasi menjadi melekit. Ulangi sehingga air basuhan menjadi jernih.
Nota Tambahan
Air bekas basuh beras boleh digunakan untuk membasuh muka kerana ianya dapat membantu mencerahkan.
4 Merendam Beras (Pilihan)
Merendam beras selama 15-30 minit sebelum dimasak boleh menghasilkan nasi yang lebih lembut, terutamanya untuk jenis beras panjang dan perang.
5 Mengukur Beras dan Air
Bahagian ini adalah perkara paling sukar. Ianya akan menentukan struktur nasi yang anda masak.
Biasanya, jika tersalah sukatan air ia akan menjadi bubur, terlalu lembut, terlalu keras dan banyak lagi.
Alat pengukur yang paling biasa di gunakan adalah jari. Istilah yang biasa di gunakan adalah ” Tinggi beras, Tinggi air”
- Tusuk beras mengunakan jari telunjuk hingga ke dasar periuk.
- Letakan ibu jari pada jari telujuk dan tandakan ketinggian beras anda.
- Keluarkan jari telujuk kemudian letak pada permukaan beras dengan kedudukan ibu jari masih menandai ketinggian beras tadi.
- Isi air sehingga air menyentuh pada hujung ibu jari yang sedang menandakan ketinggian beras tersebut.
- Jika anda inginkan nasi anda lembut sedikit, lebihkan ketinggian air dalam 1mm-2mm.
Selain itu, teknik gunakan nisbah 1:1.5 atau 1:2 (bergantung pada jenis beras) antara beras dan air juga boleh digunakan. Contohnya, untuk 1 cawan beras, tambahkan 1.5 hingga 2 cawan air.
6 Memasak Nasi di Atas Dapur
- Gunakan periuk dengan penutup yang ketat. Masukkan beras dan air ke dalam periuk, dan didihkan dengan api yang besar.
- Setelah air mendidih, kurangkan api ke tahap paling rendah dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan masak selama 15-20 minit tanpa mengangkat penutup.
- Selepas 15-20 minit, matikan api dan biarkan nasi dalam periuk tertutup selama 10 minit lagi untuk membolehkan nasi mengukus sendiri.
7 Memasak Nasi Menggunakan Periuk Nasi Elektrik
- Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi. Kebanyakan periuk nasi mempunyai tanda aras air di dalamnya, jadi ikutlah tanda tersebut.
- Tutup periuk dan hidupkan. Periuk nasi akan berhenti secara automatik apabila nasi sudah masak.
- Biarkan nasi selama 5-10 minit dalam mod “keep warm” sebelum disajikan.
8 Menggemburkan Nasi
Selepas nasi masak, gunakan garpu untuk menggemburkan nasi. Ini membantu memisahkan biji-biji nasi dan menghasilkan tekstur yang gebu.
Tip Tambahan
- Tambah Sedikit Garam: Menambah sedikit garam ke dalam air masakan boleh meningkatkan rasa nasi.
- Gunakan Daun Pandan: Tambahkan beberapa helai daun pandan ke dalam periuk semasa memasak untuk aroma yang harum.
- Simpan Nasi Lebihan: Simpan nasi yang berlebihan di dalam peti sejuk dan panaskan semula dengan sedikit air di dalam ketuhar gelombang mikro atau kukus sebelum dihidangkan.
Rice Cooker Terbaik Dan Murah
Antara periuk nasi elektrik yang popular digunakan di Malaysia, adalah;
Baca Juga: 12 Periuk Tekanan Terbaik Di Malaysia