BakeWare,  Peralatan

14 Peralatan Membuat Kek yang Wajib Ada di Dapur

Berikut senarai peralatan membuat kek yang diperlukanĀ  dan wajib ada di dapur.

Suka membuat kek di rumah?
Anda seorang pemula atau sudah lama dalam dunia baking, memiliki peralatan membuat kek yang lengkap sangat penting untuk hasil kek yang sedap dan menjadi.

Oleh itu, artikel ini pastinya akan bantu menyenaraikan alatan tersebut agar mudah untuk anda mencarinya.
Jom! Lihat senarainya.

Senarai Peralatan Membuat Kek

Antara peralatan membuat kek yang anda mungkin perlukan, adalah;

1 Ketuhar/Oven

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Ketuhar merupakan peralatan utama untuk membakar kek.
Pelbagai jenis ketuhar yang popular di Malaysia seperti; Oven elektrik, oven gas, oven meja (tabletop), atau air fryer (untuk kek kecil).

Dalam memilih ketuhar, pastikan ianya mempunyai suhu yang stabil.
Selain itu, saiz ketuhar juga penting kerana ianya menentukan saiz kek yang anda boleh bakar.

2 Pengukus

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Selain membakar mengunakan ketuhar, mengukus juga adalah satu cara membuat kek.
Peralatan ini hanya pilihan. Anda boleh tidak memilikinya.

Tetapi, perlu anda ketahui bahawa kek kukus biasanya lebih lembut, lembab dan sedap.
Namun, ianya mengikut citarasa masing-masing.

3 Pengadun

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Alatan ini penting untuk mempercepatkan proses mencampurkan adunan.
Selain itu, kek yang sedap memerlukan adunan sekata agar rasa dan tekstur sempurna.

Di pasaran terdapat dua jenis pengadun, iaitu;

  • Handmixerā€“ Sesuai untuk pemula.
  • Standmixerā€“ Lebih mudah untuk adunan berat dan kuantiti besar.

4 Wooden Baking/Kayu Pengelek

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Kayu penggelek ini fungsinya adalah untuk meratakan adunan tepung supaya dapat diratakan dengan sekata.
Ia juga digunakan untuk mencanai doh supaya menjadi nipis.

5 Penimbang Makanan

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Penimbang juga memainkan peranan penting dalam proses membuat kek.
Jika anda periksa semua resepi membuat kek, bahan-bahannya sudah pasti mengunakan ukuran/sukatan berat.

Oleh sebab itu, bagi memastikan kek buatan anda berjaya terhasil, anda perlu mengikut semua kuantiti dan langkah yang di sarankan.

6 Sudu Penyukat

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Alatan ini hanyalah pilihan.
Anda boleh menggunakan sudu sedia ada di dapur untuk menyukat bahan-bahan yang anda perlukan dalam adunan.

Namun, jika memiliki sudu penyukat adalah lebih baik kerana ianya lebih tepat mengikut kuantiti yang di sarankan dalam resepi kek anda.

7 Pemukul Telur

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Telur juga menjadi bahan yang penting ketika membuat kek.
Fungsi telur adalah melembutkan tekstur kek dan juga menjadikan kek anda lebih moist.

Maka dengan itu, pemukul telur di perlukan untuk memastikan proses lebih cepat, kemas dan teraduk dengan rata.

8 Acuan Kek

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Digunakan untuk acuan kek semasa di bakar agar lebih mudah di bentuk selepas dibakar.
Biasanya cirinya aluminium dan tahan panas.

9 Penapis Tepung

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Membantu menjadikan tepung lebih ringan dan bebas ketulan untuk memastikan kualiti kek terbaik.
Gunakan untuk menapis bahan kering seperti tepung, koko, baking powder atau gula aising.

10 Parchment/Baking Paper

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Digunakan untuk melapisi cetakan kek dan lembaran penaik.
Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menutup meja semasa proses kemasan agar pembersihan lebih mudah.

11 Spatula Kek

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Peralatan ini mempunyai beberapa fungsi, antaranya;

  • Membuat kemasan adunan kek sebelum dan selepas di bakar.
  • Membantu menyebarkan lapisan kek agar lebih kemas dan menarik.
  • Membantu mengeluarkan kek yang dibakar.

12 LoyangĀ  Kek

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Papan kek ini digunakan untuk meletakan kek yang telah siap di bakar.
Ianya juga untuk kegunaan bagi kemasan terakhir sebelum di hidangkan.

13 Piping Bag & Nozzle (Untuk dekorasi kek)

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Alatan dekorasi yang wajib jika anda suka menghias kek.
Pelbagai jenis nozzle boleh digunakan untuk bentuk bunga, tulisan atau corak hiasan.

14 Rak Penyejuk Kek (Cooling Rack)

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Penting untuk menyejukkan kek dengan baik selepas keluar dari oven.
Membantu elak bahagian bawah kek menjadi lembap atau basah.

Tips Pilih Peralatan Membuat Kek yang Berbaloi

  1. Pilih bahan yang tahan haba dan mudah dicuci.
  2. Elakkan peralatan murah yang mudah rosak atau melekat.
  3. Beli peralatan secara set baking starter kit jika baru mula ā€“ lebih jimat.
  4. Baca ulasan pengguna sebelum beli secara online.

Kesimpulan

Peralatan membuat kek yang lengkap bukan saja memudahkan proses baking, malah membantu menghasilkan kek yang cantik, gebu dan sedap.
Jika anda serius nak mula belajar buat kek sendiri di rumah, pastikan dapur anda dilengkapi dengan alatan asas yang dinyatakan di atas.
Dengan peralatan yang betul, anda pasti lebih yakin dan seronok membakar kek untuk keluarga atau jualan.

Baca Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *